Apa ITu Cinta ??



Cinta cuba ditafsir dan diberikan definisi sejak dari dahulu lagi. Tamadun Sumeria dan Babylon menulis epik cinta Gilgamesh sekitar 2000 sebelum Masihi. Tamadun Mesir dengan syair-syair cinta di atas lembaran papyrus dan pasu-pasu tanah liat sekitar 1300 dan 1000 sebelum Masihi, tamadun di Cina mencipta lagu-lagu cinta dan pertama kali didokumentasikan antara 1000 dan 700 sebelum Masihi. Ahli-ahli falsafah dan pemikir dari Plato ke Martin Luther, dari Kierkegard dan Nietzsche hinggalah Santayana dan Santre, masing-masing membawa interpretasi sendiri tentang apa itu cinta. 
Sehingga kini ia masih bersifat misteri dan kemampuan kita untuk mengetahui apa itu cinta tidak sepenuhnya. 
Tetapi dengan merasai kehadiran cinta, perkara itu tetap berlaku apabila timbul pada saat dan ketikanya. Lebih menakjubkan lagi, fanomena cinta kini dapat dilihat dengan pendekatan sains apabila para saintis mendapati cinta amat mempengaruhi biologi manusia,lebih-lebih lagi aktiviti otak. Bagi saya, cinta itu adalah tarikan emosi yang percaya kepada nilai-nilai terbaik dalam hidup yang dikongsi bersama pasangan berteraskan kepercayaan dalam memenuhi matlamat hidup bersama.
Bagi mengetahui apakah nilai-nilai yang dipegang oleh seseorang dalam memahami erti cinta, kenalpasti apakah perkara-perkara penting yang dipercayai pasangan sebagai unsur-unsur dalam percintaan.
Setiap dari kita menginterpretasikan cinta dengan maksud pelbagai. Kita mewakilkan perkataan cinta dengan perkataan-perkataan lain seperti amanah, percaya satu sama lain, sedia berkorban, ikatan sepanjang hayat dan seumpamanya. Ambil kira perkataan-perkataan yang digunakan pasangan untuk menjelaskan maksud cinta dari kefahamanya. Perkataan-perkataan tersebut memberi gambaran awal jangkaan dirinya terhadap kita apabila sedang menjalinkan hubungan.
| | edit post